Sunday, May 23, 2010

Rahsia Champion2u













Kenali Syarikat

Konsep Perniagaan


Champion Club merupakan syarikat yang mentadbir program keahlian dimana focus utamanya adalah gaya hidup – satu kemestian didalam kehidupan seharian kita. Seperti namanya Champion bermakna juara atau johan! Oleh itu objektif kami untuk menjadikan kesemua ahli-ahli Champion Club untuk menjadi juara dimana mereka diberikan layanan istimewa semasa berbelanja dipremis-premis perniagaan rakan niaga kami bagi memenuhi keperluan gaya hidup mereka!

VISI

Visi Champion Club ialah menyediakan satu program keahlian yang mantap dimana ianya berupaya untuk memberikan taraf perkhidmatan bermutu tinggi kepada kesemua ahli-ahli. Ini bertujuan memastikan ahli-ahli Champion Club berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Kajian menunjukkan kos untuk merekrut pelanggan yang baru adalah lebih tinggi berbanding dengan kos untuk retain pelanggan yang sedia ada. Oleh itu dengan mempunyai pengkalan data keahlian yang tinggi maka Champion Club mempunyai kelebihan untuk mengadakan pakatan strategik dengan rakan niaganya serta akan dapat menyediakan tawaran hebat untuk ahli-ahli. Objektif kami untuk menyediakan secara berterusan perkhidmatan tambah nilai untuk ahli-ahli Champion Club – satu program yang memastikan kesinambungan but hanya untuk semasa malahan hingga kemasa hadapan. Untuk memenuhi objektif ini kami mengamalkan ketelusan semasa berurusan dengan kesemua rakan niaga strategik.

Kami akui bahawa kesemua ahli perlu diberikan maklumat muthakir mengenai sebarang promosi, tawaran atau sebarang acara yang kami sediakan untuk ahli-ahli Champion Club dan ini akan dilaksanakan melalui sms atau email kepada ahli-ahli. Selain dari itu ahli-ahli juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman web kami. Lanjutan dari itu kami juga menyedikan ruangan Forum didalam laman web dimana ahli-ahli diberi kesempatan untuk memberikan maklumbalas atau komen mengenai perkhidmatan yang disediakan. Kami lakukan kesemua ini kerana kami mempunyai keyakinan bahawa amat perlu untuk mempunyai hubungan baik dengan kesemua ahli dan maklumbalas dari ahli mustahak untuk membolehkan kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami!

MANFAAT

Champion Club menawarkan perkhidmatan didalam bidang pelancongan, penginapan, kesihatan dan spa, restoran dan hiburan. Untuk menyediakan kesemua perkhidmatan ini Champion Club telah memeterai perjanjian dengan rakan niaga strategik terpilih. Ini memungkinkan ahli-ahli untuk mendapatkan diskaun atau rebet semasa mereka berbelanja dipremis perniagaan rakan niaga tersebut.


kredit kepada http://www.champion2u.com/